Anda di sini

250 sertai perkhemahan KRS dan TKRS

Advertisement
AKDAN semasa memeriksa barisan kawalan kehormat peserta KRS semasa majlis penutupan perasmian.
AKDAN semasa memeriksa barisan kawalan kehormat peserta KRS semasa majlis penutupan perasmian.

KOTA MARUDU: Buat pertama kalinya Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu (SMKKM) berjaya mengelolakan perkhemaham Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Tunas KRS (TKRS) yang julung kali diadakan di daerah ini.

Perasmi perkhemahan Datu Akdan Datu Basren berkata program yang dijalankan selama tiga hari itu disertai seramai 250 ahli KRS dan TKRS di sini.

"Seperti pengisian perkhemahan sekolah sebelumnya, program ini memberikan pengalaman berharga kepada peserta dengan aktiviti ikhtiar hidup, masakan ala rimba, pandu arah, kawad kaki serta permainan tradisional.

"Semasa majlis penutupan perasmian dijalankan, peserta KRS dari SMK Bengkongan turut mempersembahkan tarian perang yang menarik kepada pengunjung serta peserta perkhemahan lain.

"Kesemua aktiviti yang dirancang sekretariat KRS dan TKRS berjaya memupuk semangat kerjasama dalam kalangan peserta selain pelajar mampu menghadapi keadaan lasak serta mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang mantap sesuai dengan kurikulum unit beruniform ini," katanya.

Turut hadir, Penolong Pegawai Unit Kokurikulum Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu Mohd Razi Al Malek.

Dalam pada itu, Akdan mengucapkan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa pengelola yang menunjukkan komitmen terbaik dalam menjayakan program.

"Dengan adanya program seumpama ini, peserta dapat menjadikannya sebagai landasan untuk memajukan diri secara positif seterusnya menjadi seorang pelajar cemerlang pada masa hadapan," katanya.

Kadet Vinon Maralim dari SMK Bengkongan dan Kadet Anissa Pagga dari SMKKM dipilih peserta terbaik manakala Kadet Muhd Ikhwan Badrun dari SK Tanjung Batu dan Kadet Lya Pary dari SK Bintasan dipilih sebagai kadet puteri dan putera TKRS terbaik.

Tiga SMK termasuk SMKKM, SMK Bengkongan dan SMK Bandau serta lapan SK iaitu Lampada, Masalog, Tanjung Batu, Bintasan, Pekan, Tagaroh, Ongkilan dan Panaitan turut serta dalam perkhemahan itu.

ANTARA aktiviti ikhtihar hidup yang dijalankan sepanjang perkhemahan.
ANTARA aktiviti ikhtihar hidup yang dijalankan sepanjang perkhemahan.
  • oleh
  • Advertisement