Anda di sini

Sebabkan kematian: Warga asing ketahui nasib 7 Mei

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing akan mengetahui nasibnya pada 7 Mei, di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki warga asing.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad menetapkan tarikh itu terhadap Jun Beng@Manong, 62, untuk jatuh hukum dan fakta kes, sementara menunggu laporan bedah siasat disediakan.

Tertuduh menyebabkan kematian Bobit, 30, dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh.

Kesalahan dilakukan pada 8 Mac jam 8.30 malam, di ruang dapur sebuah rumah tidak bernombor, Kampung Longgom, daerah Pitas.

Hukuman yang diperuntukkan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, penjara selama tempoh 30 tahun dan denda.

 
  • oleh
  • Advertisement