Anda di sini

Rompak: Pemuda dipenjara tiga tahun

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang pemuda yang melakukan rompak berkumpulan bersenjata, dikenakan penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Syafiq Akmal Mohd Sukri, 21, yang mana pada Khamis untuk jatuh hukum dan laporan akhlak.

Pada 3 April, tertuduh menukar pengakuannya kepada bersalah atas pertuduhan itu mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, dihukum mengikut Seksyen 397 kanun sama.

Hukuman yang diperuntukkan, penjara selama tempoh 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.

Tertuduh bersenjatakan sebilah parang dan pisau, merompak seorang wanita berusia 47 tahun, merampas dua telefon bimbit, sebuah powerbank dan wang tunai RM1,130.

Kesalahan dilakukan pada 8 Oktober tahun lalu jam 2.35 petang di kedai runcit Ala Mambo, Kampung Bontoi Tamparuli, daerah Tuaran.

 
  • oleh
  • Advertisement