Anda di sini

Muzik Box dapat sambutan hangat di Sabah

Advertisement

KOTA KINABALU: Penceritaan teater Muzik Box yang berkisar daripada kisah benar mendapat sambutan memberangsangkan daripada penduduk di negeri ini terutamanya warga bandaraya ini.

Dr Jessie Chung berkata ia menceritakan pengalaman seorang gadis remaja berkenaan kisah hidupnya yang lebih berkisar tentang percintaan, persahabatan serta kekeluargaan bersama persembahan muzik memukau pengunjung di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah.

Katanya persembahan yang disampaikan dalam Bahasa Inggeris berkenaan memukau pengunjung melalui pelbagai reaksi yang ditunjukkan termasuklah ada di antara mereka yang mengalirkan air mata.

"Penceritaan cinta tiga segi di antara Jessie Chung yang dilakonkan oleh saya sendiri bersama tiga watak lelaki termasuk Marcus Choot, Jeffrey Beh dan Tylor Chen berjaya menyampaikan persembahan penuh cabaran serta emosi kepada penonton.

"Kita juga melakonkan adegan yang memaparkan banyak unsur emosi termasuk kegembiraan, kemarahan, ketakutan, kekeliruan, kegilaan, kesedihan serta kecederaan dalam satu tempoh yang agak singkat," katanya.

JESSIE (dua kiri) bersama tiga pelakon utama lelaki semasa membuat persembahan teater di JKKN.
JESSIE (dua kiri) bersama tiga pelakon utama lelaki semasa membuat persembahan teater di JKKN.
  • oleh
  • Advertisement