Anda di sini

Miliki keluaran tidak berdaftar, lelaki didenda RM4,000

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dikenakan denda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas kesalahan memiliki keluaran tidak berdaftar dan tidak bernotifikasi.

Ho Weh Thin, 39, yang tidak diwakili peguam dijatuhkan hukuman itu oleh Hakim Azreena Aziz, selepas mengaku bersalah.

Tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 7 (1) (a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, kerana memiliki sepuluh jenis keluaran tidak berdaftar.

Antaranya Siang Pure Yellow Balm tiga kotak, Sedap Malam dua botol, Jamu Exclusive Kacip Malam dua botol, dan Mahora Minyak Gamat Asli sebotol.

 
  • oleh
  • Advertisement