Anda di sini

Kelab 4x4 Tawau ke Pekan Riau Sumatera

Advertisement
Ahli Kelab 4x4 Tawau bergambar kenangan dengan ahli Kelab Pajero Sport Family
Ahli Kelab 4x4 Tawau bergambar kenangan dengan ahli Kelab Pajero Sport Family

TAWAU: Kelab 4x4 Tawau telah berangkat ke Pekan Riau Sumatera, Indonesia atas jemputan Bapak Thedi Thamrin dari Kelab Pajero Sport Family Indonesia (PSF).

Presiden kelab SA Haniff Ahid @Sky berkata, jemputan itu adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan anak Thedi. Kesempatan itu diambil oleh Kelab 4x4 Tawau untuk mengerakkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia.

"Pertemuan selama tiga hari itu telah mencipta sejarah Kelab 4x4 Tawau kerana ia adalah buat pertama kali sebuah kelab dari Malaysia membuat kunjungan ke Pekan Riau untuk merapatkan hubungan dengan Kelab Pajero Sport Family, yang merupakan kelab terbesar di Indonesia dengan keahlian seramai 1,500 orang," katanya.

Beliau berharap ahli PSF akan datang ke Tawau untuk berjumpa ahli kelab yang lain dan juga semua penggemar sukan 4x4.

  • oleh
  • Advertisement