Anda di sini

Kawasan setinggan digempur

Advertisement
Antara yang ditahan untuk tindakan lanjut.
Antara yang ditahan untuk tindakan lanjut.

LAHAD DATU: Seramai 11 pendatang tanpa izin (PTI) ditahan dalam Operasi Bersepadu yang diselaras Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di dua kawasan perumahan setinggan di daerah ini iaitu Kampung Betik dan Kg Jawa, di sini pada Khamis.

Komander Esscom DCP Dato’ Hazani Ghazali, berkata operasi yang bermula pada jam 3 pagi dan berakhir jam 7.30 pagi itu telah memberi tumpuan kepada beberapa kawasan perkampungan yang disyaki menjadi tempat persembunyian PTI di daerah ini.
“Dalam operasi berkenaan, seramai 55 orang telah diperiksa dan daripada jumlah itu seramai 11 PTI telah ditahan kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
“Kesemua 11 PTI yang ditahan adalah warga Filipina yang terdiri daripada lima lelaki dan enam wanita termasuk tiga kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 2-60 tahun.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 15(5)(b), Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002),” katanya pada Khamis.

  • oleh
  • Advertisement