Anda di sini

Air sungai melimpah akibat hujan lebat

Advertisement
HUJAN lebat yang berlarutan selama tiga jam antara jam 12 tengahari sehingga jam 3 petang di Tawau mengakibatkan beberapa kawasan dinaiki air, termasuk jalan utama di Kg Ranggu, Batu 10 Jalan Apas.
HUJAN lebat yang berlarutan selama tiga jam antara jam 12 tengahari sehingga jam 3 petang di Tawau mengakibatkan beberapa kawasan dinaiki air, termasuk jalan utama di Kg Ranggu, Batu 10 Jalan Apas.

TAWAU: Hujan lebat yang berterusan selama tiga jam selepas jam 12 tengahari pada Khamis mengakibatkan air sungai melimpah melanda beberapa kawasan di daerah ini.

Utusan Borneo difahamkan kawasan di sekitar Kg Ranggu antara Batu 9 sehingga Batu 10 Jalan Apas, termasuk SK Ranggu turut terjejas, mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Saksi, Saripuddin Nawing, 35, yang dihubungi berkata beliau salah seorang pengguna jalan yang terkandas selama kira-kira 40 minit di Batu 10 Jalan Apas menuju Kg Ranggu.

“Saya dan isteri, Midah Sappu, 33, hendak mengambil ibu mentua di Kg Ranggu namun terpaksa berhenti di tepi jalan akibat air dari sungai yang sudah melimpah ke jalan utama.

“Saya lihat terdapat lebih 30 kenderaan yang terpaksa berhenti di tepi jalan kerana tidak dapat meneruskan perjalanan kecuali kenderaan-kenderaan berat,” katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement