
KOTA KINABALU: Kerana ingin membantu rakannya ketika bergaduh, seorang nelayan dikenakan penjara 15 tahun atas kesalahan menyebabkan kematian seorang lelaki.
Hakim Mahkamah Sesyen Ainul Shahrin Mohamad menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Faizal Johari, 20, yang mana pada Rabu untuk jatuh hukum dan fakta kes.
Tertuduh mengaku salah mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, memperuntukkan penjara selama tempoh 30 tahun dan boleh dikenakan denda.
Mohd Faizal menyebabkan kematian Madzmin Sampang, 22, yang tidak memiliki dokumen diri, dengan menggunakan sebilah pisau lipat.
Kesalahan dilakukan pada 8 Ogos tahun lalu jam 7 malam hingga jam 10 malam, di hadapan Syarikat Meibau Enterprise, Taman Tanjong Kapor, daerah Kudat.
Berdasarkan fakta kes, pengadu menerima panggilan daripada pihak hospital, memaklumkan menerima seorang lelaki mengalami kecederaan dibahagian belakang badan.
Selepas rawatan lanjut dijalankan, mangsa bagaimanapun tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal pada hari sama, kira-kira jam 3.45 pagi.
Siasatan mendapati, mangsa ditikam tertuduh dengan menggunakan sebilah pisau dari arah belakang.
