Anda di sini

Pelajar maut dilanggar kereta tunda

Advertisement
KEADAAN kereta tunda selepas terbabas di Kilometer 39 Jalan Ranau-Telupid pada Selasa.
KEADAAN kereta tunda selepas terbabas di Kilometer 39 Jalan Ranau-Telupid pada Selasa.

RANAU: Seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut dilanggar kereta tunda di Kilometer 39 Jalan Ranau-Telupid di sini pada Selasa.

Mangsa Nor Aliz Khairunnisya Azazahari, 16, pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matupang disahkan maut serta merta di lokasi dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, rakan mangsa turut patah di bahagian kaki kanan dan luka di kepala dalam kejadian terbabit.

“Siasatan mendapati kereta tunda yang dipandu lelaki berumur 33 tahun dalam perjalanan dari arah Ranau menuju ke Telupid.

“Kereta yang dinaiki kemudiannya mengalami masalah dan gagal dikawal sebelum melanggar mangsa bersama rakannya yang ketika itu dalam perjalanan balik dari sekolah menuju rumah yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian sebaik terbabas di bahagian kiri jalan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement