Anda di sini

UPP terawal beli borang penamaan calon

Advertisement
Chai menjadi orang yang pertama membeli borang penamaan calon di Pusat Operasi SPR P.219 Miri, yang terletak di bangunan Majlis Bandaraya Miri (MBM), sebentar tadi.
Chai menjadi orang yang pertama membeli borang penamaan calon di Pusat Operasi SPR P.219 Miri, yang terletak di bangunan Majlis Bandaraya Miri (MBM), sebentar tadi.

MIRI: Borang penamaan calon untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) sudah mulai dijual di pusat operasi pilihan raya P.219 di sini, hari ini, dengan Pengerusi UPP Pujut, Bruce Chai merupakan orang pertama yang membelinya di Miri. 

Meskipun senarai calon Barisan Nasional (BN) belum diumumkan lagi, namun menurut Bruce, beliau membeli borang penamaan itu hanya sebagai satu persediaan sahaja. 

"Jika calonnya adalah dari UPP, kita sudah 'bersedia' dan jika sebaliknya (calon dari SUPP), maka kita sebagai parti rakan BN, juga bersedia dengan jentera pilihan raya kita, membantu mereka mana-mana SUPP yang mewakili BN," katanya kepada Utusan Borneo di sini hari ini.

Chai yang datang bersama seorang rakan, membeli dua set borang penamaan calon berkenaan pada jam 2.30 petang tadi, daripada pegawai bertugas. 
 

  • oleh
  • Advertisement