
KOTA KINABALU: Tidak wujud keadaan di mana Umno Sabah berpecah dua walaupun terdapat beberapa individu bekas ahlinya keluar dan mewujudkan parti baharu.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini adalah sama seperti PRU sebelum ini.
"PRU kali ini sama sahaja seperti dulu walaupun mendapat tentangan daripada bekas ahli Umno terhadap Umno sedia ada.
"Tidak wujud sebarang signifikan PRU kali ini, ia adalah seperti dahulu sahaja," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Pelancaran Buku 'Finding Jesselton' hari ini.