Anda di sini

Penampang juara hatrik

Advertisement
SKA Penampang bersama tetamu kehormat merai kejayaan mereka menjuarai Kejohanan Karate Kadet, Remaja dan Dibawah 21 Tahun Peringkat Negeri Sabah Ke-17, 2018 di Dewan Serbaguna KSKK, Likas pada Ahad.
SKA Penampang bersama tetamu kehormat merai kejayaan mereka menjuarai Kejohanan Karate Kadet, Remaja dan Dibawah 21 Tahun Peringkat Negeri Sabah Ke-17, 2018 di Dewan Serbaguna KSKK, Likas pada Ahad.

KOTA KINABALU: Penampang merangkul gelaran juara hatrik Kejohanan Karate Kadet, Remaja dan Di bawah 21 Tahun Peringkat Negeri Sabah 2018 yang berakhir di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK) di Likas pada Ahad.

Persatuan Karate Sabah (SKA) cawangan Penampang membolot 10 emas, tujuh perak dan sembilan gangsa untuk mengatasi 25 pasukan lain untuk menungguli persaingan edisi ke-17 tahun ini.

SKA Tambunan muncul naib johan dengan lima emas, lima perak dan tujuh gangsa diikuti Kelab Karate Kompleks Sukan Keningau di tempat ketiga selepas membawa pulang empat emas, tiga perak dan satu gangsa.

Kira-kira 400 atlet termasuk dari Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan menyertai kejohanan dua hari itu yang turu memampangkan aksi pelatih-pelatih Sukan Malaysia (Sukma) dari Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh pengurus besar Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS) Datuk Louis Rampas dengan disaksikan oleh pengurus besar LSNS Datuk Penyuki Matta dan setiausaha agung SKA Julian Chin.

  • oleh
  • Advertisement