Anda di sini

LRT bakal dibina di Putatan

Advertisement
YAHYA (enam kiri) menunjukkan tanda bagus ketika menyempurnakan majlis penyerahan itu
YAHYA (enam kiri) menunjukkan tanda bagus ketika menyempurnakan majlis penyerahan itu

PUTATAN: Penduduk Putatan bakal menikmati kemudahan Transit Aliran Ringan (LRT) dalam tempoh lima tahun akan datang apabila dibina sepanjang laluan Putatan-Kota Kinabalu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata, perkara itu tidak mustahil untuk direalisasikan memandangkan daerah ini semakin membangun selain menerima kunjungan pelancong tempatan dan antarabangsa yang ramai.

"Saya yakin perkara ini akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun memandangkan cadangan mewujudkan perkhidmatan Bas Rapid Transit (BRT) sebelum ini belum dilaksana.

"Oleh itu, kita tukar kepada LRT untuk memudahkan rakyat di sini berurusan di Kota Kinabalu, termasuklah penggunaan oleh para pelancong sekaligus mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera Barisan Nasional (BN) dan Alat-alat Kempen Kawasan Putatan, di sini pada Ahad.

Beliau berkata, rancangan pembinaan sekolah menengah dan rendah di kawasan Putatan juga akan dilaksanakan dalam tempoh itu.

Katanya, pertumbuhan penduduk di kawasan ini semakin meningkat kerana kemajuan yang dicapai dari segi pembangunan perumahan dan sebagainya.

"Oleh itu, pembinaan sekolah-sekolah berkenaan tidak menjadi satu masalah pada masa hadapan.

"Kita juga akan berhubung dengan kementerian berkaitan untuk menaik taraf kemudahan asas di sini," katanya.

Sebelum itu, beliau turut menyampaikan sejumlah 1,000 bendera dan kemeja T BN kepada 16 Pusat Daerah Mengundi kawasan Putatan.

 

  • oleh
  • Advertisement