
KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga Indonesia dikhuatiri hilang ketika memukat selepas bot nelayan yang digunakan mangsa dipercayai karam.
Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, bot terbabit dipercayai karam di Perairan Pulau Mengalum dekat sini pada hari ini.
Menurutnya, mangsa yang dikenali sebagai Husain Ishak, 23, dilaporkan belayar dari Jeti Safma ke Pulau Mengalum kira-kira jam 6 petang pada Sabtu.