Anda di sini

Berikan undi kepada calon BN

Advertisement
AZIZAH menyampaikan sumbangan Program Selami Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN) kepada salah seorang penerima sempena majlis itu.
AZIZAH menyampaikan sumbangan Program Selami Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN) kepada salah seorang penerima sempena majlis itu.

KUALA PENYU : Berikan undi kepada calon-calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di Parlimen Beaufort serta kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias dan Dun Kuala Penyu nanti pada Pilihan Raya Umum akan datang, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun.

Jelas beliau, sokongan rakyat adalah penting bagi menjamin kesinambungan serta memastikan pembangunan dapat dilaksanakan secara berterusan demi manfaat seluruh lapisan masyarakat di kawasan Parlimen Beaufort.

Tambah beliau, tidak ada isu lagi di kawasan Parlimen Beaufort memandangkan kerajaan BN sebelum ini telah menyalurkan sejumlah peruntukan bagi mengatasi masalah bekalan air yang dihadapi rakyat.

"Sebanyak RM48 juta telah disalurkan kerajaan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan sejumlah RM22.5 juta peruntukan telah diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri bagi mengatasi masalah bekalan air di Beaufort.

"Peruntukan itu bertujuan membaiki paip-paip bermasalah yang telah dikenal pasti termasuklah pembinaan tangki penyimpanan air di beberapa buah lokasi, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melancarkan Program Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti (FACE) 3.0 di Kampung Palu-Palu, pada Ahad.

Hadir sama Ketua Bahagian UPKO Beaufort, Datuk Limus Jury dan Timbalan Ketua Bahagian Umno Beaufort, Mohd Fadzlee Lee Abdullah.

Dalam perkembangan sama, Azizah mengingatkan pihak berkaitan agar melakukan kajian terperinci dan memastikan kawasan yang mempunyai paip bermasalah benar-benar memerlukan pembaikan agar tidak berlaku pembaziran peruntukan.

Menurutnya lagi, beliau tidak mahu pelaksana projek itu nanti kelam-kabut melaksanakan pembaikan namun masih tidak mampu menyalurkan bekalan air bersih kepada pengguna di kawasan.

"Saya juga mahu pembaikan ini disegerakan namun lebih baik jalankan kajian terperinci untuk memastikan paip mana bermasalah dan perlu diganti agar kita dapat membekalkan bekalan air bersih dengan lancar, " katanya.

  • oleh
  • Advertisement