Anda di sini

Tiada kekecohan dalam Black Sunday

Advertisement
PESERTA perhimpunan Black Sunday berkumpul di Jalan Gaya sambil membawa kain rentang.
PESERTA perhimpunan Black Sunday berkumpul di Jalan Gaya sambil membawa kain rentang.


KOTA KINABALU: Tiada kekecohan berlaku sepanjang perhimpunan 'Black Sunday' di Jalan Gaya di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra berkata, pihaknya mengerahkan anggota untuk memantau keadaan sepanjang perhimpunan terbabit.

Menurutnya, penganjur dan peserta yang terlibat turut dipanggil polis untuk membuat kenyataan.

"Kesemua yang dipanggil disiasat dibawah Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012, " katanya di sini pada Ahad.

Perhimpunan yang dinamakan Black Sunday-Reunion Selamatkan Sabah itu dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) Sorak Sabah.

Pengerusi Penganjur Black Sunday Stephen Gaimin berkata, perhimpunan berkenaan bertujuan mengimbas kembali perjuangan orang muda dan masyarakat Sabah melalui Black Sunday.

Katanya, secara ringkas Black Sunday adalah wadah dalam menyuarakan permasalahan di Sabah.

Selain itu jelasnya, ia juga bagi menyedarkan para pejuang Sabah masanya sudah tiba untuk menyelamatkan Sabah.

  • oleh
  • Advertisement