Anda di sini

SM Stella Maris perlu RM14 juta bangunkan sekolah

Advertisement
EDWARD (dua kiri) menyampaikan cek kepada Zahara sambil disaksikan Goh (kiri) dan Mary (dua kanan).-Gambar oleh Hassim Othman.
EDWARD (dua kiri) menyampaikan cek kepada Zahara sambil disaksikan Goh (kiri) dan Mary (dua kanan).-Gambar oleh Hassim Othman.

SEKOLAH Menengah (SM) Stella Maris Tanjung Aru memerlu sejumlah RM14 juta untuk tujuan pembinaan dan naik taraf bangunan sekolah berkenaan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Edward Yong Oui Fah berkata, atas dasar sebagai pemimpin, beliau akan cuba membantu dalam usaha membangunkan sekolah itu.

"Sekiranya saya diberikan mandat sekali lagi di sini, saya akan membantu sekolah ini untuk mendapatkan peruntukan daripada kerajaan.

ANTARA pelajar yang menyertai jualan Pasar Ria sempena Hari Terbuka SM Stella Maris berkenaan.
ANTARA pelajar yang menyertai jualan Pasar Ria sempena Hari Terbuka SM Stella Maris berkenaan.

"Saya juga menyeru sekolah ini untuk mempamerkan sejarah kejayaan yang dicapai sejak tahun kewujudan SM Stella Maris iaitu pada 1968," katanya ketika merasmikan Hari Terbuka SM Stella Maris, di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Pengetua Cemerlang SM Stella Maris Goh Kui Liang berkata, RM14 juta itu diperlukan bagi membina dua blok bangunan baharu setinggi lima tingkat setiap satu.

Katanya, bangunan baharu itu akan dilengkapi sebanyak 50 buah bilik darjah, dewan dan sebagainya.

PERSEMBAHAN oleh pelajar sempena Hari Terbuka SM Stella Maris berkenaan.
PERSEMBAHAN oleh pelajar sempena Hari Terbuka SM Stella Maris berkenaan.

"Kini pelan untuk pembinaan bangunan baharu itu telah siap dan sedang proses mencari dana.

"Saya berharap pembinaan bangunan baharu ini dapat dimulakan dalam tempoh dua tahun ini," katanya.

Dalam majlis yang sama, Edward turut menyerahkan sumbangan RM10,000 kepada tabung sekolah itu.

Hadir sama ialah Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Zahara Ismail dan Pengerusi Pusat Dalam Komuniti (PDK) Tanjung Aru Datin Mary Yong.

SALAH satu gerai jualan Pasar Ria Hari Terbuka SM Stella Maris mendapat perhatian pengunjung yang hadir.
SALAH satu gerai jualan Pasar Ria Hari Terbuka SM Stella Maris mendapat perhatian pengunjung yang hadir.
  • oleh
  • Advertisement