Anda di sini

Rakyat hakim kepada wakil rakyat

Advertisement
EDWARD (empat kiri) menyempurnakan gimik perasmian majlis itu.
EDWARD (empat kiri) menyempurnakan gimik perasmian majlis itu.

KOTA KINABALU: Rakyat akan menjadi hakim sama ada seseorang wakil rakyat itu telah menjalankan tanggungjawab sewajarnya atau sebaliknya.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Edward Yong Oui Fah berkata, pemilihan wakil rakyat untuk dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah berdasarkan prestasi kerja sepanjang lima tahun berkhidmat di kawasan masing-masing.

"Seseorang wakil rakyat tidak kira dari kerajaan atau sebaliknya perlu memahami keperluan rakyat di kawasan masing-masing dan sentiasa bersiap sedia untuk membantu.

"Untuk kawasan  Tanjung Aru, setakat ini segala perancangan berjalan lancar, bagaimanapun masih mempunyai ruang untuk kita memperbaikinya," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Hari Terbuka Sekolah Menengah (SM) Stella Maris, di sini pada Sabtu.

Beliau turut menjangkakan pertandingan lebih daripada lima atau enam penjuru akan berlaku di Tanjung Aru memandangkan wujudnya banyak parti pembangkang.

Edward yang juga penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru menjelaskan, pada PRU lalu kawasan itu mempunyai pertandingan empat penjuru termasuklah Barisan Nasional (BN) dan parti-parti pembangkang seperti PAS, SAPP dan STAR.

"Kali ini saya menjangkakan pertandingan lima sehingga enam penjuru di sini, iaitu BN menentang Parti Warisan Sabah atau Pakatan Harapan, PAS, Parti Cinta Sabah atau Parti Kerjasama Anak Negeri, Gabungan Sabah dan lain-lain.

"Bagaimanapun, saya percaya BN masih releven di kawasan ini dan penggundi akan membuat pilihan yang bijak pada ketika mengundi nanti," katanya.

  • oleh
  • Advertisement