Anda di sini

Peserta Sarawak duduki tempat ketiga ‘Pencarian Bakat Baharu OneRepublic’

Advertisement
 (Dari kiri) pemenang tempat ketiga, Ullyseus, uara, Pitt dan tempat kedua, Affan.
PEMENANG: (Dari kiri) pemenang tempat ketiga, Ullyseus, uara, Pitt dan tempat kedua, Affan.

KUALA LUMPUR: Sempena konsert OneRepublic Live In Malaysia, pihak WGW Entertainment telah mengadakan pencarian bakat baharu menerusi pertandingan nyanyian di Berjaya Times Square baru-baru ini.

Pengarah Urusan WGW Entertaiment Hendrick Huang sangat teruja dengan sambutan hangat yang diberikan oleh peminat OneRepublic di Malaysia dan berpuas hati dengan persembahan 10 finalis yang bertanding.

“Saya agak terkejut dengan penglibatan yang diberikan oleh peminat OneRepublic di Malaysia dan saya rasa saya sudah jumpa apa yang saya cari, rata-rata finalis menampilkan persembahan yang bagus,” kata Hendrick ketika ditemui Bernama di sini pada minggu lalu.

“Saya juga berharap sokongan yang besar daripada peminat OneRepublic di Malaysia bagi memeriahkan Konsert OneRepublic Live In Malaysia di mana ini penampilan atau konsert pertama selepas kemunculan semula OneRepublic,” tambah beliau.

Setiap finalis dinilai oleh tiga juri iaitu Hendrick sendiri, Kenny Ong dan De Jun.

Finalis dinilai berdasarkan suara dan bunyi, irama dan tempo, ungkapan vokal dan persembahan pentas.

Kemuncak acara pencarian bakat tersebut telah menyaksikan Saiful Syafiq Sarmon atau lebih mesra dipanggil Pitt muncul juara melalui lagu ‘Stop And Stare’ sekaligus membawa pulang RM3,000 beserta dua tiket Rock Zone yang bernilai RM582.

“Saya sedar akan kewujudan pertandingan ini melalui Facebook pada ketika seminggu sebelum tempoh penyertaan pertandingan ini berakhir dan saya tidak sangka akan sampai ke tahap ini,” katanya.

Sementara itu tempat kedua menjadi milik Muhammad Affan Mazlan dari Negeri Sembilan meyampaikan lagu ‘Apologize’ dengan iringan keyboard manakala tempat ketiga dimenangi oleh peserta dari Sarawak, Ullyseus Vincent Anak James, yang turut mempersembahkan lagu yang sama.

Tujuh finalis yang lain menerima dua tiket masing-masing bernilai RM298 untuk menyaksikan OneRepublic yang bakal beraksi di Stadium Merdeka pada 25 April ini. — Bernama

Advertisement