Anda di sini

Kerajaan BN sentiasa prihatin

Advertisement
HAJIJI (kanan) menyempurnakan gimik perasmian karnival berkenaan dengan membuat tiga kali paluan gong.
HAJIJI (kanan) menyempurnakan gimik perasmian karnival berkenaan dengan membuat tiga kali paluan gong.


TUARAN: Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin mencari jalan dan memberi peluang pekerjaan kepada belia seluruh negeri.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata program Karnival Kerjaya SPA Malaysia itu adalah bukti tanggungjawab kerajaan yang sentiasa merasa denyut nadi rakyat sebagai merealisasikan agenda pembangunan yang digariskan.

“Inilah sebenarnya dilakukan oleh kerajaan iaitu sentiasa perihatin mencari jalan bagaimana kita memberi peluang atau pekerjaan kepada belia di seluruh negeri.

“Dengan kelayakan yang sesuai, saya harap pencari kerja memperoleh pekerjaan yang sesuai dipelbagai sektor dengan kira-kira lebih 1,000 peluang pekerjaan yang disediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Program Karnival Kerjaya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) 2018.

Dalam pada itu, Hajiji yang juga Ketua Umno bahagian Tuaran berharap agar SPA Malaysia akan terus menjalankan program karnival kerjaya ke seluruh negeri untuk membolehkan belia-belia mendapat pekerjaan masing-masing.

Katanya beberapa karnival kerjaya seumpama itu juga turut mencatatkan penyertaan memberangsangkan dari para belia, graduan mahupun penjawat awam yang ingin mendapatkan khidmat nasihat berkaitan dengan perkhidmatan mereka.

"Antara pengisian semasa karnival ini adalah peluang pekerjaan ditawarkan secara terus yang menjadikan karnival ini lebih menarik dan berjaya mencapai objektif penganjuran karnival iaitu membolehkan para pencari pekerjaan menjawat jawatan yang bersesuaian dengan minat dan kelayakan masing-masing.

"Program seumpama ini adalah bukti 'service delivery' dari kerajaan kepada rakyat selaras dengan gagasan 1 Malaysia.

"Pada program ini, segala tips mengenai persiapan menghadapi temuduga dan panduan penyediaan resume yang diberikan oleh pihak SPA dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) ini sebenarnya adalah 'soalan bocor' dan menjadi bonus kepada pengunjung yang mengikuti karnival kerana ianya tidak terdapat di tempat lain," jelasnya.

Turut hadir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) merangkap Pemangku Presiden Upko Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dan Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kiulu Datuk Joniston Bangkuai.

Pada program berkenaan, Hajiji berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada 66 buah Pertubuhan Belia Tuaran berjumlah RM66,000 keseluruhannya.

HAJIJI (tiga kanan) menyampaikan sumbangan kepada pertubuhan belia Sabah.
HAJIJI (tiga kanan) menyampaikan sumbangan kepada pertubuhan belia Sabah.
  • oleh
  • Advertisement