Anda di sini

Hyun Bin kembali dengan ‘Memories of the Alhambra’

Advertisement
 Hyun Bin akan kembali dengan sebuah drama baharu berjudul ‘Memories of the Alhambra’.
DRAMA BAHARU: Hyun Bin akan kembali dengan sebuah drama baharu berjudul ‘Memories of the Alhambra’.

PELAKON terkemuka Korea Selatan Hyun Bin akan kembali dengan sebuah drama baharu berjudul ‘Memories of the Alhambra’, iaitu sebuah drama fantasi di saluran tvN Korea.

Dalam drama itu, Hyun Bin akan berlakon sebagai Yoo Jin-woo, seorang pengarah di sebuah syarikat pelaburan yang pergi ke Sepanyol dan berjumpa dengan Jung Hee-joo.

Yoo Jin-woo adalah seorang doktor genius dalam kejuruteraan dan berkebolehan membangunkan permainan. Beliau seorang yang suka bersaing dan sukakan cabaran.

Namun semua itu berubah apabila sahabat baiknya sendiri mengkhianati beliau. Yoo Jin-woo kemudiannya membawa diri ke Sepanyol yang akhirnya mengubah hala tuju hidupnya.

Drama ‘Memories of the Alhambra’ ditulis oleh  Song Jae-jeong dan diarahkan oleh Ahn Gil-ho.

Drama ini dijadual akan ditayangkan pada tahun ini.

Advertisement