Anda di sini

Hargai pengorbanan anggota keselamatan

Advertisement
MUSA ketika menyampaikan ucapan pada majlis itu.
MUSA ketika menyampaikan ucapan pada majlis itu.


BEAUFORT: Peranan anggota keselamatan dalam memastikan negara dan negeri terus aman haruslah dihargai oleh rakyat di negara ini, kata Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

Beliau berkata, tanpa anggota keselamatan, rakyat tidak mungkin dapat menjalani kehidupan seharian seperti biasa.

"Kita seharusnya menghargai pengorbanan anggota keselamatan dalam memastikan negara terus aman dan harmoni. Pengorbanan mereka sangatlah besar kerana setiap malam dan siang hari, mereka menjalankan tugas bagi memastikan rakyat dapat tidur dengan selesa.

"Melalui program ini, ia secara tidak langsung dapat memberi pendedahan dan kesedaran tentang tanggungjawab anggota keselamatan dalam mengekalkan keharmonian dan keamanan negara, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program TUDM Bersama Masyarakat Daerah Beaufort ' Patriot Sehati Sejiwa' di Padang Kampung Kubu Pintas, dekat sini pada Sabtu.

Hadir sama Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun, Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Isnin Aliasnih dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Beaufort Shahron Omar Osin.

Dalam perkembangan lain, Musa yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sabah turut mengingatkan pemimpin terutama wakil rakyat agar tidak bersikap angkuh dengan jawatan tersebut.

Sebaliknya kata beliau, mereka yang bergelar 'Yang Berhormat' sepatutnya 'berkhidmat' kepada rakyat dengan melaksakan program-program mendekati rakyat diperingkat akar umbi.

"Jangan sombong...jangan angkuh. Kita diberi mandat oleh rakyat untuk berkhidmat kepada mereka dan bukan sebaliknya dengan bermegah dengan panggilan YB, " ujarnya.

MUSA menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pengunjung sempena majlis itu. 3 - MUSA berkata sesuatu kepada pemberita ketika ditemui pada majlis itu.
MUSA menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pengunjung sempena majlis itu. 3 - MUSA berkata sesuatu kepada pemberita ketika ditemui pada majlis itu.
  • oleh
  • Advertisement