Anda di sini

BN akan letak calon muka baharu

Advertisement
Bung Moktar berkesempatan membuat pemeriksaan pada majlis berkenaan semasa melawat gerai pameran dan pemeriksaan kesihatan sambil diperhatikan oleh Jafry.
Bung Moktar berkesempatan membuat pemeriksaan pada majlis berkenaan semasa melawat gerai pameran dan pemeriksaan kesihatan sambil diperhatikan oleh Jafry.


KINABATANGAN: Ahli Majlis Tertinggi Umno Dato’ Sri Bung Moktar Radin tidak menolak kemungkinan Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon-calon baharu di beberapa kawasan sama ada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Setiap kali pilihan raya memang BN meletakkan calon-calon muka baharu dan ini penting sebab kombinasi muka baharu dan muka lama, orang lama dan orang baharu itu perlu sebab yang baharu ini adalah merupakan satu platform ke arah kesinambungan perjuangan BN,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Penyelaras BN Kinabatangan menjelaskan, sebab itu kenapa Umno dan BN di terima rakyat dan sebab itu juga kita berjaya membuat peremajaan parti.

“Peremajaan parti ini, prosesnya kita kena memberi ruang kepada calon-calon muda dan baharu, bagaimanapun tidak bolehlah kita bagi 100 peratus, ada juga calon-calon yang lama tetapi masih dikehendaki oleh rakyat maka pucuk pimpinan parti mengekalkan calon-calon berkenaan.

“Tetapi ada beberapa kawasan di Sabah ini, inshaAllah kita akan ada beberapa muka-muka baharu untuk dipertandingkan,” katanya.

Bung Moktar berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Peduli Rakyat Parlimen P.187 Kinabatangan di perkarangan Hospital Daerah Kinabatangan, pagi Sabtu.

Dalam pada itu ditanya mengenai ramalan parti pembangkang memenangi 30 kawasan DUN dan BN hanya 25, beliau berkata mutakhir ini ia melihat rata-rata parti sama ada parti besar atau parti kecil masing-masing menaruh harapan dengan kejayaan dan kemenangan berpihak kepada mereka.

“Tetapi ungkapan seumpama ini, kita sudah dengar setiap kali pilihanraya di mana memang ada ungkapan seumpama ini, tapi akhirnya BN juga yang jadi pemerintah

 “Jadi kita tunggu keputusan 9 Mei, tetapi selaku Majis Tertinggi Umno, saya cukup yakin bahawa BN adalah sebuah parti yang masih diterima oleh rakyat sebab BN sentiasa bantu rakyat, kita ambil peduli rakyat, kita selami masalah rakyat. Ini kelebihan BN,” katanya.

Turut hadir pada majlis berkenaan, Pengerusi Felcra Bina yang juga Timbalan Pengerusi BN Kinabatangan Datuk Jafry Ariffin, Pegawai Daerah Kinabatangan Yassin Nasir, Pengarah Hospital Daerah Kinabatangan Dr. Mohd Fahmi Osman, Ketua Doktor-Doktor Pakar Perubatan dari Semenanjung Malaysia Prof Dr. Mad Radzi Juhari, ketua-ketua unit hospital, Ketua Pemuda Umno Kinabatangan Aksyah Nasrah, Ketua Wanita Umno Kinabatangan Hajah Aminah Johan dan para pemimpin setempat.
 

  • oleh
  • Advertisement