Anda di sini

Sindiket tipu 40 pelajar

Advertisement
SEBAHAGIAN barangan komunikasi yang dirampas daripada suspek.
SEBAHAGIAN barangan komunikasi yang dirampas daripada suspek.

KOTA KINABALU: Polis menahan empat individu termasuk wanita selepas didapati melakukan penipuan langganan produk telekomunikasi terhadap pelajar di sekitar sini dan Penampang.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, kesemua suspek berumur 20 hingga 39 tahun adalah terdiri daripada pekerja telco dan penjual telefon bimbit.

“Hasil siasatan mendapati suspek menyasarkan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sama ada awam dan swasta sebelum menawarkan perniagaan telefon bimbit yang didakwa diusahakan oleh suspek.

“Mangsa yang terpedaya seterusnya akan menyerahkan butiran peribadi yang digunakan suspek untuk pendaftaran data dan telefon bimbit di syarikat telco berdaftar,” katanya.

Tambahnya, suspek turut mengaburi mangsa dengan memberikan upah sebanyak RM40 hingga RM50 bagi setiap butiran yang diperolehi.

Ramli berkata, mangsa hanya menyedari ditipu apabila membuat pemeriksaan di syarikat telco sebelum mendapati hutang tertunggak sehingga mencecah RM204 hingga RM1,700.

“Setakat ini kira-kira 40 mangsa terdiri daripada pelajar di sekitar sini dan Penampang membuat laporan ditipu sindiket ini,” katanya.

Tambahnya, suspek kini direman dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ramli turut mengingatkan orang ramai untuk tidak terpedaya sehingga menjadi mangsa penipuan seumpama.

  • oleh
  • Advertisement