Anda di sini

Polis bantuan SESB gagalkan cubaan curi kabel

Advertisement

KOTA KINABALU: Tindakan pantas sepasukan anggota Polis Bantuan Sabah Elektricity Sdn Bhd (SESB) berjaya menggagalkan tindakan melarikan kabel bawah tanah milik syarikat terbabit.

Pengurus Besar (Komunikasi Korporat) SESB Chendramata Sibteh berkata, kejadian petang Khamis itu berlaku berhampiran Kem Tentera Lok Kawi, di sini.

“Sebaik mengesan tindakan mencurigakan di kawasan pencawang SESB, sepasukan anggota segera melakukan pemeriksaan sebelum mendapati lelaki warga asing sedang mencuri kabel elektrik bawah tanah.

“Suspek berumur 36 terbabit kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Tambahnya, pihak SESB turut merampas kembali barangan termasuk gergaji besi yang dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan berkenaan.

Beliau turut meminta kerjasama orang awam untuk melaporkan segera kegiatan mencurigakan di dalam kawasan pencawang serta pepasangan SESB melalui talian 088-282 455.

Sekadar gambar hiasan
Sekadar gambar hiasan
 
  • oleh
  • Advertisement