Anda di sini

Pentadbiran Najib lebih adil berbanding era Tun M

Advertisement
SAPAWI bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada majlis itu.
SAPAWI bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada majlis itu.

SIPITANG : Exco Penerangan Umno Sabah, Datuk Sapawi Ahmad berkata zaman pentadbiran Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak lebih adil berbanding ketika di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir sepanjang 22 tahun.

Ini kerana katanya, semasa era Tun M, hanya dua pemimpin Sabah dipilih dalam Kabinet berbanding pentadbiran Najib yang mana seramai tujuh pemimpin pelbagai kaum dilantik menjadi Menteri Kabinet utama.

Justeru Sapawi yang juga penyandang kerusi Parlimen Sipitang meminta rakyat untuk menilai sendiri situasi berkenaan samada zaman Tun M lebih baik, adil dan prihatin terhadap rakyat Sabah atau ketika dipimpin Datuk Seri Najib.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Bengkel Kemahiran Keibubapaan anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Sipitang di Balai Kebudayaan Kampung Kelangsat, pada Jumaat.

Dalam perkembangan lain Sapawi yang juga Ketua Bahagian Umno Sipitang optimis rakyat Kadazan, Dusun dan Murut (KDM) akan terus memberikan sokongan padu kepada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Jelas beliau, keyakinan itu berdasarkan pemerhatian semasa mengadakan program turun padang yang dilaksanakan parti komponen di seluruh negeri ini yang sentiasa menjaga kebajikan KDM.

Tambah beliau, hubungan kepimpinan Umno dengan parti komponen BN di Sabah yang terdiri daripada PBS, UPKO, PBRS termasuk LDP yang mewakili masyarakat Cina juga sentiasa utuh.

"Laporan mengatakan sebahagian besar KDM menolak BN di negeri ini adalah khabar angin semata-mata yang sengaja diperbesar-besarkan parti pembangkang bagi mencetuskan suasana panik.

"Sedangkan sokongan kaum ini bukan saja terus jitu tetapi turut meningkat, malah tiga pemimpin KDM dilantik sebagai Menteri Persekutuan sebagai bukti BN, termasuk ramai lagi di peringkat kabinet negeri.

"Ini membuktikan kerajaan BN selama ini khususnya di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengiktiraf masyarakat dan pemimpin BN, sekaligus menolak persepsi kaum ini dipinggirkan," katanya.

SEBAHAGIAN ibubapa yang hadir merakamkan gambar kenangan bersama Sapawi sempena majlis itu.
SEBAHAGIAN ibubapa yang hadir merakamkan gambar kenangan bersama Sapawi sempena majlis itu.
  • oleh
  • Advertisement