Anda di sini

BN pastikan keperluan, prasarana rumah ibadat dipenuhi

Advertisement
Salleh semasa ditemui media.
Salleh semasa ditemui media.


KOTA BELUD:  Barisan Nasional (BN) komited memastikan keperluan serta prasarana rumah-rumah ibadat dipenuhi sebaik-baiknya.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak, satu jawatankuasa akan dibentuk bagi tujuan tersebut termasuk membaik pulih, memperbesarkan serta menaiktaraf kemudahan yang ada.

“Kita akan cuba memberi, membantu, menyediakan prasarana yang selesa bagi memudahkan mereka untuk mengamalkan agama masing-masing,” ujarnya pada Majlis Setia Budi yang menghimpunkan 70 Pemimpin Majlis Gereja-Gereja Kota Belud (MGGKB), pada Jumaat.

Salleh (tengah) bergambar kenangan bersama pemimpin-pemimpin MGGKB.
Salleh (tengah) bergambar kenangan bersama pemimpin-pemimpin MGGKB.
Advertisement