Anda di sini

Tenaga diperbaharui memacu pertumbuhan ekonomi Sarawak

Advertisement
 Uggah (empat kanan) menerima cenderamata sebagai penghargaan daripada Dr Rundi (tiga kanan) yang juga pengerusi pengelola ISES 2018 sambil disaksikan tetamu jemputan lain sempena Majlis Makan Malam ISES, malam kelmarin.
TERIMA KASIH: Uggah (empat kanan) menerima cenderamata sebagai penghargaan daripada Dr Rundi (tiga kanan) yang juga pengerusi pengelola ISES 2018 sambil disaksikan tetamu jemputan lain sempena Majlis Makan Malam ISES, malam kelmarin.

KUCHING: Pertumbuhan sektor tenaga diperbaharui akan memacu pertumbuhan ekonomi Sarawak untuk jangka panjang.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata ia kerana ekonomi yang mempunyai banyak tenaga lestari adalah ekonomi yang mempunyai potensi terbaik untuk pertumbuhan mampan dalam jangka panjang.

“Sarawak baru-baru ini telah melancarkan Strategi Digital Sarawak 2018-2022 untuk melancarkan ekonomi belia terhadap ekonomi digital dan masa depan Sarawak akan menjadi satu yang menarik dengan rakyat Sarawak berharap untuk merangkul transformasi ekonomi digital ini.

“Sarawak memerlukan tenaga untuk menjayakan ekonomi digital dan tiada yang lebih baik selain tenaga diperbaharui,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalannya Datuk Amar Douglas Uggah Embas sempena Majlis Makan Malam Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) 2018 yang dihadiri Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom di sini, malam kelmarin.

Sehubungan itu, pemilihan Sarawak sebagai tuan rumah penganjuran ISES 2018 adalah amat bertepatan dengan misi negeri ke arah transformasi ekonomi digital.

“Perkongsian pengetahuan dan idea anda semua dalam acara dua hari ini bukan sahaja memberi manfaat kepada diri anda sendiri tetapi menjadi sumbangan besar kepada negeri ini untuk perjalanan sepanjang merealisasikan tenaga digital,” tegasnya.

Beliau turut melahirkan penghargaan kepada penganjur ISES kerana menjadikan Sarawak sebagai negeri pertama penganjuran di luar Lembah Klang.

ISES 2018 merupakan anjuran Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dengan kerjasama Kementerian Utiliti Sarawak.

“Anda semua berada di sini untuk misi penting, yang akan menyumbang ke arah kejayaan Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) 2018 yang diadakan buat kali pertama di luar Lembah Klang.

“Untuk ini, Kerajaan Sarawak ingin mengucapkan terima kasih kepada KeTTHA dan SEDA kerana membawa sidang kemuncak ini ke Sarawak dan ia satu penghormatan untuk menjadi tuan rumah acara antarabangsa yang berprestij,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement