Anda di sini

Landasan tepat capai liputan elektrik menyeluruh

Advertisement
 Delegasi ISES 2018 merakam kenangan bersama Dr Rundi serta tetamu kenamaan lain. — Gambar Muhd Rais Sanusi
UNTUK ALBUM: Delegasi ISES 2018 merakam kenangan bersama Dr Rundi serta tetamu kenamaan lain. — Gambar Muhd Rais Sanusi

KUCHING: Sarawak berada di landasan yang tepat dalam usaha mencapai sasaran 100 peratus liputan bekalan elek-trik menjelang 2025.

Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata sasaran ini mampu dicapai dengan perancangan teliti kerajaan negeri bersama pihak swasta.

“Sektor tenaga di Sarawak berkembang dengan baik dalam masa empat dekad ini.

“Kita ada Empangan Batang Ai, Bakun, Murum dan akan datang Baleh serta beberapa lagi empangan dalam perancangan yang akan menjadikan Sarawak kuasa tenaga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada penutupan Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabangsa Ke-4 (ISES) 2018 di salah sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Bercakap mengenai sidang kemuncak tersebut, Dr Rundi berkata kementeriannya berbangga menjadi hos bersama ISES yang pertama seumpamanya di luar Kuala Lumpur. Lebih membanggakan sidang kemuncak dua hari ini berjaya menarik penyertaan 900 delegasi menjangkaui sasaran awal penganjur.

“Saya percaya banyak ilmu yang telah dikongsikan dan dipelajari daripada sidang kemuncak dua hari ini yang bermanfaat dalam usaha kita membangunkan serta meng-uruskan sumber tenaga kita,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia Datuk Dr Yee Moh Chai dalam ucapan penghargaannya berterima kasih kepada semua yang menjayakan ISES 2018.

“Kerjasama serta komitmen para delegasi dalam ISES menunjukkan bahawa mereka ambil berat akan hal tenaga.

“Kita di Malaysia memainkan peranan kita dalam pengurusan dan pembangunan tenaga mampan dan penyertaan anda dalam ISES adalah satu cara anda menyumbang ke arah yang sama,” katanya.

Turut hadir Menteri Muda Bekalan Air Datuk Liwan Lagang dan Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi.

  • oleh
  • Advertisement