Anda di sini

Kenderaan pacuan empat roda terbakar

Advertisement
Anggota bomba melakukan pemadaman sehingga api padam sepenuhnya.
Anggota bomba melakukan pemadaman sehingga api padam sepenuhnya.

SANDAKAN: Sebuah kenderaan pacuan empat roda terbakar dalam kejadian di Kampung Sundang Laut, di sini awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sandakan Anddre Andrew berkata, bagaimanapun semasa kebakaran, tiada pemandu atau penumpang dalam kenderaan terbabit.

Beliau berkata, bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan menerima panggilan berhubung kejadian kebakaran itu daripada orang awam kira-kira jam 2.38 pagi.

"Sebuah jentera FRT dan sebuah kenderaan EMRS dari BBP Sandakan digegaskan ke lokasi kejadian, diketuai PBK II Japar Hamjah bersama lima anggota dan tiba di lokasi 20 minit kemudian," katanya.

Anddre berkata, semasa pasukan bomba tiba mendapati kenderaan pacuan empat roda terbabit terbakar di kawasan parkir.

"Pasukan bomba membuat pemadaman sehingga api padam sepenuhnya dan memeriksaan bagi memastikan tidak ada kemerbahayaan lain," katanya.

Katanya, operasi pemadaman tamat pada jam 3.24 pagi.

  • oleh
  • Advertisement