Anda di sini

Bilik pemeriksaan klinik dada musnah terbakar

Advertisement
KEADAAN bilik pemeriksaan di klinik dada selepas kebakaran.
KEADAAN bilik pemeriksaan di klinik dada selepas kebakaran.

KOTA KINABALU: Bilik pemeriksaan klinik dada di Klinik Kesihatan Luyang musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban, berkata panggilan kecemasan diterima jam 6.12 pagi.

Katanya, bertindak daripada kejadian seramai 30 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dan Lintas digerakkan ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba yang tiba di lokasi segera menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari empat jentera bomba.

“Kebakaran dapat dikawal beberapa minit kemudian, bagaimanapun bilik pemeriksaan di klinik dada seluas 12X14 kaki persegi musnah dalam kejadian,” katanya.

Menurutnya, tiada kematian serta kecederaan dilaporkan dalam kejadian ini dan operasi keseluruhan ditamatkan jam 6.50 pagi.

  • oleh
  • Advertisement