Anda di sini

Sembilan penagih ditahan dalam Ops Bersepadu

Advertisement
 
ANTARA penagih yang ditahan semasa Ops Bersepadu.
ANTARA penagih yang ditahan semasa Ops Bersepadu.

TUARAN: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Tuaran berjaya menahan sembilan penagih dalam Ops Bersepadu, di sini.
Ketua Pegawai AADK Tuaran Asraf Hafiz Ruslan berkata, operasi yang dijalankan seawal jam 7.30 pagi dilaksanakan bersama sepasukan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
“Pemeriksaan awal menahan 30 individu dan hasil ujian air kencing selanjutnya berjaya mengesan sembilan penagih yang positif dadah jenis syabu.

 
ANGGOTA AADK melakukan ujian air kencing sepanjang Ops Bersepadu dijalankan.
ANGGOTA AADK melakukan ujian air kencing sepanjang Ops Bersepadu dijalankan.

“Kita dapati dua daripada suspek yang ditahan masih berada mengikut pengawasan AADK Tuaran dan kesemua tahanan diserahkan untuk direman di AADK Papar,” katanya.
Dalam pada itu, dalam operasi sama JPJ mengeluarkan 18 notis kepada pengguna jalan raya yang melakukan pelbagai kesalahan semasa sekatan jalan raya di Telipok.
Menurutnya, operasi selama empat jam dijayakan seramai 12 anggota penguatkuasa termasuk enam anggota AADK Tuaran dan Kota Kinabalu.

SEMASA sekatan jalan raya dijalankan di Telipok.
SEMASA sekatan jalan raya dijalankan di Telipok.
  • oleh
  • Advertisement