Anda di sini

Lebih banyak Sukuk Hijau dikeluar sokong projek infrastruktur mitigasi iklim

Advertisement
 Abang Johari menekan butang sebagai simbolik perasmian ISES 2018 sambil disaksikan Devamany (kanan), Dr Rundi (tiga kanan), Wong (tiga kiri), Manyin (dua kiri).
SIMBOLIK: Abang Johari menekan butang sebagai simbolik perasmian ISES 2018 sambil disaksikan Devamany (kanan), Dr Rundi (tiga kanan), Wong (tiga kiri), Manyin (dua kiri).

KUCHING: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) membayang-kan lebih banyak Sukuk Hijau dikeluarkan di negara ini untuk menyokong projek infrastruktur mitigasi iklim.

Timbalan Menteri Ke-TTHA Datuk Seri Devamany S.Krishnasamy berkata, pada masa yang sama ia untuk memperkukuhkan kedudukan negara sebagai pemang-kin utama instrumen hijau yang mematuhi syariah.

“Saya dengan bangganya mengumumkan bahawa Malaysia telah diiktiraf secara global, sebagai peneraju perjuangan Sukuk Hijau, iaitu Instrumen Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) yang mematuhi syariah.

“Bagi perkara berkenaan sebanyak RM250 juta bagi Sukuk SRI Hijau untuk membiayai pembinaan projek Solar Berskala Besar (LSS) di Sabah dan ekoran daripada kejayaan pelancaran di Sabah, negara melancarkan Sukuk SRI Hijau terbesar di dunia dengan kewangan RM1 bilion pada Oktober lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) 2018 anjuran Pihak Berkuasa Pengguna-an Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia dan Kementerian Utiliti Sarawak yang dirasmi-kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di sini, semalam.

Tambah Devamany, kewangan berkenaan untuk membiayai pembinaan projek LSS terbesar di Asia Tenggara iaitu di Kedah, Melaka dan Terengganu.

Mengulas lanjut mengenai SEDA, katanya sehingga kini iaitu pada akhir Januari 2018, SEDA telah meluluskan anggaran pelaburan sebanyak RM11.2 bilion di bawah Skim Tarif Galakan (FiT) dan ia dianggar mewujudkan sekitar 27,000 peluang pekerjaan.

“Pada akhir Januari 2018, jumlah kumulatif sebanyak 12,190 permohonan FiT telah diluluskan dengan kapasiti tenaga diperbaharui sebanyak 1,636 megawatt, yang mana 534 megawatt telah mencapai operasi komersial,” katanya.

Sementara itu pada majlis yang sama turut menyaksikan tiga Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai yang disaksikan Abang Johari.

Antaranya SEDA Malaysia bersama Pusat Latihan Proaktif (PLP) Sarawak mengenai ‘Kerjasama Me-ngenai Pembangunan Modal Insan’ dengan objektif me-ngukuhkan lagi kerjasama membangunkan modal insan seperti menyediakan program latihan bagi juruteknik dan jurutera dalam bidang teknologi Solar Photovoltaic (PV) di Sarawak.

Selain itu MoU antara Petra Energy Berhad dan Pekat Teknologi Sdn Bhd mengenai ‘Rakan Strategik Untuk Meneroka Industri Tenaga Diperbaharui’.

Manakala MoU ketiga, antara Cypark RE-store Sdn Bhd dan Tesvolt GmbH mengenai ‘Pembangunan Projek Penyimpanan Tenaga di Malaysia’.

Hadir sama Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Perdagangan Dato Sri Wong Soon Koh.

Advertisement