Anda di sini

Impian rakyat jadi kenyataan, Jalan Gonipis-Tobobon Fasa 2 dilancar

Advertisement
 Amrullah (tiga kiri) memberi taklimat kepada Pairin (dua kiri) mengenai projek jalan sambil diperhatikan oleh dan Joniston (empat kiri).
JADI KENYATAAN: Amrullah (tiga kiri) memberi taklimat kepada Pairin (dua kiri) mengenai projek jalan sambil diperhatikan oleh dan Joniston (empat kiri).

KIULU: Hasrat rakyat di kawasan ini akhirnya dipenuhi setelah Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menyempurnakan perasmian majlis pecah tanah untuk Jalan Gonipis-Tobobon, Tuaran (fasa 2) yang baharu pada Jumaat, menandakan satu lagi peristiwa penting bagi daerah kecil ini.

Apabila siap kelak, jalan raya bernilai RM40.3 juta itu akan menghubungkan Kampung Talungan dan Kampung Poring, yang akan melalui jarak sejauh 4.8 kilometer.

“Ini adalah kesinambungan projek Gonipis-Tobobon, Tuaran (fasa 1). Ia memerlukan kos sebanyak RM20.96 juta dan panjangnya sejauh 4.1 kilometer. Ia telah siap pada tahun 2013.

“Dengan penambahan Gonipis-Tobobon, Tuaran (fasa 2), yang akan menghubungkan Talungan dan Poring, saya percaya ia akan memberi penduduk Talungan dan Poring kemudahan serta keselesaan yang tidak dapat dibayangkan,” katanya yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur ketika berucap pada majlis itu.

Pairin berkata projek itu akan terdiri daripada dua jambatan Steel Girder Timber Decking (SGTD), yang masing-masing meliputi sejauh 86 meter dan 47 meter.

Jalan itu akan memudahkan orang ramai melakukan perjalanan dari Kampung Talungan ke Kampung Poring kerana masa perjalanan akan berkurangan dari empat jam kepada hanya 15 minit.

“Dengan kata lain, ia akan menjadi jalan alternatif yang menghubungkan Tuaran ke Penampang dan Tambunan, berbeza dengan laluan semasa yang melalui pusat bandar Kota Kinabalu,” katanya sambil menambah, pembinaan akan bermula pada 16 April tahun ini dan dijangka siap pada 15 April 2020.

Beliau juga berkata jalan itu akan meningkatkan industri pendidikan di Kiulu memandangkan ia akan memudahkan pelajar pergi ke sekolah. Kini terdapat tiga sekolah di kawasan itu, iaitu SK Poring, SK Tudan dan SK Sungoi.

Pairin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kerja Raya (KKLW), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan wakil rakyat Kiulu Datuk Joniston Bangkuai atas usaha mereka dalam memastikan kejayaan projek itu.

Terdahulu, Joniston dalam ucapannya menyeru rakyat Kiulu untuk membayar balik kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan memberikan sokongan padu mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Projek ini membawa makna yang besar. Oleh itu, kita juga harus memberikan sokongan yang besar kepada kerajaan,” kata Joniston sambil menambah, BN adalah satu-satunya parti yang benar-benar boleh pergi jauh.

Beliau berkata pelan induk Kiulu kini dalam pelaksanaan dan ia akan diketahui tidak lama lagi.

Turut hadir ialah Pengarah JKR Sabah Datuk Ir Amrullah Kamal dan Ketua Setiausaha KKLW Datuk Borhan Dolah.

Advertisement