Anda di sini

Wanita parah kereta terbabas

Advertisement
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan terbabit.
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan terbabit.

KOTA KINABALU: Seorang wanita cedera parah dalam kemalangan kendiri di Jalan Tanjung Lipat, di sini.

Mangsa yang berumur 26 tahun itu tersepit dalam kenderaan yang dipandunya kira-kira jam 12.40 tengah malam tadi.

Dilaporkan sebelum kejadian, kenderaan mangsa hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan.

Anggota Bomba dan Penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum dia dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans.
 

  • oleh
  • Advertisement