Anda di sini

Pendaki sesak nafas selamat turun

Advertisement
Mangsa mengalami kesesakan nafas ketika turun di Kilometer Dua Gunung Kinabalu.
Mangsa mengalami kesesakan nafas ketika turun di Kilometer Dua Gunung Kinabalu.

RANAU: Seorang pendaki wanita selamat turun dari Gunung Kinabalu selepas mengalami sesak nafas.

Mangsa dilaporkan mengalami kesesakan nafas ketika turun di Kilometer Dua, Gunung Kinabalu di sini.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau memberikan bantuan kecemasan awal sebaik tiba di lokasi kejadian.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Timpohon Gate sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Operasi menyelamatkan mangsa tamat sepenuhnya sekitar jam 2.40 pagi pada Ahad.

  • oleh
  • Advertisement