KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 3.0 pada skala Richter melanda Ranau, Sabah, pada 11.59 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya berkata gempa itu berpusat di 16 km barat laut Ranau.
Gegaran boleh dirasai di Ranau. - BERNAMA