Anda di sini

Penunggang maut, motosikal terbabas

Advertisement
mangsa yang tebaring di jalan dalam kejadian terbabit.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

BEAUFORT: Seorang lelaki penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Kilometer 3 Jalan Beaufort-Menumbok dekat sini pada Selasa.

Mangsa Nurihin Pahun @ Paun, 53, ditemukan meninggal dunia di lokasi kejadian kira-kira jam 4.45 petang.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintenden Azmir Abd. Razak berkata, sebelum kejadian mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja menuju  ke rumahnya di Kampung Lupak di sini.

Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai Pemandu Pejabat Kesihatan Beaufort gagal mengawal motosikalnya yang terbabas sendiri.

"Akibatnya, mangsa terjatuh dari motosikal dan mengalami kecederaan parah di kepala.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Beaufort," katanya mengesahkan kejadian di sini pada Selasa.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Beaufort untuk bedah siasat. 

  • oleh
  • Advertisement