Anda di sini

Pemuda dipenjara 30 hari ceroboh asrama pekerja

Advertisement

SIBU: Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara 30 hari oleh Mahkamah Majistret di sini semalam setelah me-ngaku bersalah menceroboh asrama pekerja sebuah pasar raya di Jalan Salim.

Saiful Bahtiar, 25, dari Matu, diperintah oleh mahkamah menjalani hukuman penjara itu bermula semalam.

Mengikut pertuduhan, Saiful didakwa memecah masuk asrama pekerja sebuah pasar raya Jalan Salim di sini pada 26 Mac lalu kira-kira jam 3.30 petang.

Bagi pertuduhan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 441 Kanun Keseksaan dan dihukum mengikut Seksyen 447 Kanun sama.

Berdasarkan fakta kes, perbuatan tertuduh memecah masuk asrama itu disedari oleh seorang pekerja pasar raya kemudian menangkapnya dengan bantuan pekerja lain.

Siasatan mendapati tertuduh memecah masuk asrama pekerja dengan memanjat pagar asrama.

Saiful dalam rayuannya memohon hukuman ringan memandangkan itu merupakan kesalahan pertamanya.

Advertisement