Anda di sini

Miliki DVD tanpa lesen, warga emas didenda

Advertisement

MIRI: Seorang lelaki warga emas didenda RM6,000 atau lima bulan penjara oleh Mahkamah Majistret semalam setelah mengaku bersalah memiliki beberapa keping cakera video digital (DVD) filem haram.

Chong Kun Mong, 61, dari Kampung Baru Kopisan, Gopeng, Perak didakwa mengikut Seksyen 6 (1) (a) Akta Penapisan Filem 2002 dan dihukum di bawah Seksyen 6 (2) (a) akta yang sama.

Sabit kesalahan, Chong boleh didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM30,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati memiliki 211 keping DVD filem pelbagai tajuk yang belum diluluskan Lembaga Penapisan Filem.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 6.15 petang, 18 April 2015 di sebuah premis di Pusat Komersial Pelita di sini.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa, manakala tertuduh tidak diwakili peguambela.

Advertisement