Anda di sini

Jumpa janin di longgokan sampah

Advertisement
_Janin yang ditemui di pusat pembuangan sampah di Lahad Datu.

LAHAD DATU: Satu janin ditemui dua wanita pengumpul barang terbuang di pusat pembuangan sampah di kawasan Bandar Tabanak, dekat sini, petang Selasa.


Menurut Harijah Matsah, 30, yang menemui bungkusan plastik hitam dalam longgokan sampah berkata dia amat terkejut melihat keadaan bungkusan itu.


"Saya angkat bungkusan itu dan agak berat dan bila buka, banyak darah dan ada budak (janin) di dalamnya," katanya ketika ditemui.


Katanya, dia kemudian bertindak memaklumkan, Fuziah Abdul Ghani, rakan yang bersama-samanya di lokasi kejadian.


"Setelah melihat ada janin di dalam plastik itu, saya amat terkejut.


"Saya lihat selain janin, ada juga beberapa barangan lain seperti alatan pembedahan dalm kain-kain yang penuh darah," katanya.


Seorang juruteknik, Tahir Amat, 52, yang kebetulan berada berdekatan bertindak menghubungi polis untuk tindakan lanjut.
 

  • oleh
  • Advertisement