Anda di sini

Bahan bom ikan ditemukan di Pantai Pulau Kukuban

Advertisement

KUDAT: Sejumlah bahan letupan yang dipercayai digunakan untuk membuat bom ikan ditemukan di Pantai Pulau Kukuban di sini, pada Isnin.

Pengarah Maritim Kudat Leftenan Komander Maritim Boon Chin Chau berkata kejadian disedari Renjer Kehormat Hidupan Liar dan Taman-Taman Sabah (TTS) kira-kira jam 12.20 pagi sebelum memaklumkan kepada Bilik Operasi Marintim Kudat.

"Bertindak dengan maklumat sepasukan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang menjalankan rondaan di sekitar perairan segera bergerak ke Pulau Kukuban untuk tindakan selanjutnya.

"Hasil penyiasatan mendapati terdapat lima botol minuman 1,500 mililiter (ml) dan botol kaca yang mengandungi baja uria, enam fius keselamtaan dan enam bahan letupan yang ditemukan di dalam jaring.

"Kesemua bahan terbabit ditemukan tertanam di kawasan pantai dan ianya dipercayai digunakan untuk aktiviti pengeboman ikan di sekitar perairan Pulau Kukuban," katanya.

Antara bahan dipercayai digunakan untuk membuat bom ikan yang ditemukan di Pantai Pulau Kukuban di sini.
Antara bahan dipercayai digunakan untuk membuat bom ikan yang ditemukan di Pantai Pulau Kukuban di sini.

Menurutnya, belum ada sebarang tangkapan dibuat pada masa ini.

Bagaimanapun katanya, beliau memandang serius perkara ini dan siasatan rapi masih dijalankan.

"Kita tidak akan berkompromi dengan individu yang terlibat dengan kegiatan bom ikan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat kegiatan menyalahi undang-undang ini," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement