Anda di sini

Selebriti popular meriahkan larian bertopeng ‘Mask Run’, 15 April ini

Advertisement
 (Dari kiri) Pengarah Eksekutif Residlience Studios Shuhada Mohd, Aiman Tino, Shasha Elite dan Azza Elite.
TURUT SERTA: (Dari kiri) Pengarah Eksekutif Residlience Studios Shuhada Mohd, Aiman Tino, Shasha Elite dan Azza Elite.

KUALA LUMPUR: Resilience Studios dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menganjurkan larian berkonsepkan topeng ‘Mask Run’ sejauh 7 kilometer di Dataran Merdeka pada 15 April ini.

Penganjur larian tersebut Pengarah Eksekutif Resilience Studios Shuhada Mohd berkata program ‘Fun Run’ itu bertujuan meningkatkan kesederaan dan memberi motivasi kepada masyarakat menjalani hidup yang lebih sihat, selain dapat menggalakkan aktiviti kekeluargaan.

Program dengan kerjasama KL Car Free Morning itu akan bermula pada 6 pagi, meliputi sepanjang jalan Raja Laut menuju ke Bukit Nenas dan kembali ke Dataran Merdeka melalui kawasan Masjid India, katanya pada sidang media baru-baru ini.

Beliau berkata selaku penganjur larian ‘Mask Run’, Resilience Studios berpendapat bahawa penggunaan topeng sewaktu larian dapat membantu meningkatkan tahap keyakian para peserta serta semangat yang lebih positif untuk diri sendiri.

“Medium tersebut juga dapat dilihat dengan simboliknya sebagai pelindung kepada kelemahan diri peserta di mana hanya kekuatan diri yang terpamer dalam kehidupan seharian,” katanya.

ERAT SILATURAHIM

Shuhada berkata larian itu mengeratkan silaturahim antara keluarga dan masyarakat di mana ia terbuka kepada semua, tiada kategori yang ditetapkan dan tiada bayaran untuk kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.

Bagi peserta yang memakai topeng yang paling cantik dan unik semasa larian akan diberi telefon bimbit sebagai hadiah, katanya.

Selebriti terkenal seperti Aiman Tino, Azza Elite dan Sasha Elite akan turut membuat persembahan pada hari tersebut untuk menghibur para peserta.

Yuran penyertaan sebanyak RM60 akan dikenakan kepada setiap peserta dan akan dirangkumi dengan medal penyertaan dan baju T- shirt larian.

Bagi sebarang maklumat lanjut sila layari laman web rasmi ‘Mask Run’ di www.resiliencestudios.com.my atau hubungi ke talian 013 259 2009/ 019 201 0602

— Bernama

Advertisement