Anda di sini

Sambutan Hari Polis Ke-211 berlangsung meriah di Limbang

Advertisement
 Mohd Bukhori memeriksa barisan kehormat anggota polis yang terlibat.
PERIKSA: Mohd Bukhori memeriksa barisan kehormat anggota polis yang terlibat.
 Mohd Bukhori membaca perutusan daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun sempena Hari Polis Ke-211.
AMANAT: Mohd Bukhori membaca perutusan daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun sempena Hari Polis Ke-211.
 Mohd Bukhori menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang penerima.
TAHNIAH: Mohd Bukhori menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang penerima.
 Asiah (tiga kiri), Tega, Mohd Bukhori, Hasbi, Hamidah dan Sufian (dua kanan) memotong pulut kuning.
RAI BERSAMA: Asiah (tiga kiri), Tega, Mohd Bukhori, Hasbi, Hamidah dan Sufian (dua kanan) memotong pulut kuning.
 Sebahagian daripada anggota polis yang menyertai perbarisan kali ini.
JAGA KEAMANAN: Sebahagian daripada anggota polis yang menyertai perbarisan kali ini.

‘POLIS dan Masyarakat Berpisah Tiada’, begitulah tema Sambutan Hari Polis Ke-211 yang berlangsung meriah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang, baru-baru ini.
Sambutan kali ini telah dimulakan dengan pemeriksaan barisan kehormatan oleh Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai diikuti dengan nyanyian tiga lagu iaitu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Sang Saka Biru.
Pada majlis sama seramai 22 anggota berlainan pangkat menerima sijil penghargaan yang disampaikan oleh Mohd Bukhori.
Turut hadir bagi memeriahkan sambutan kali ini ialah Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah.
Hadir sama, wakil Residen Limbang Hamidah Halpi, Walikota Majlis Daerah Limbang Kauselor Sufian Mohat, Timbalan Ketua Polis Limbang DSP Tega Bilong, Pengerusi PERKEP Cawangan Limbang Asiah Hasan, ketua jabatan kerajaan dan pegawai-pegawai kanan polis.

  • oleh
  • Advertisement