Anda di sini

Bas terbakar, 20 pekerja Myanmar maut

Advertisement
 Gambar Dailynews menunjukkan bas yang terbakar di wilayah Tak, Thailand pada awal pagi semalam. — Gambar AFP
RENTUNG: Gambar Dailynews menunjukkan bas yang terbakar di wilayah Tak, Thailand pada awal pagi semalam. — Gambar AFP

BANGKOK: Seramai 20 pekerja pendatang Myanmar maut pada awal semalam apabila kebakaran menyelubungi bas yang membawa mereka dari pekan sempadan Thailand ke Bangkok, kata pihak berkuasa.
Ia masih belum jelas bagaimana kebakaran berlaku di dalam bas – salah satu daripada empat bas yang turut serta dalam perjalanan ke ibu kota Thailand.
Namun rakaman tele-visyen menunjukkan sebuah bas yang musnah akibat kebakaran yang meme-rangkap ramai penumpang di dalamnya.
“Angka kematian sekarang adalah seramai 20 orang, de-ngan tiga tercedera,” Pollawat Sapsongsuk dari Pusat Pencegahan dan Mitigasi Bencana Tak memberitahu AFP.
Kittisak Boonchan, pekerja penyelamat di wilayah Tak, memberitahu wartawan terdapat 47 orang di dalam bas tersebut.
Kemalangan berlaku pada jam 1.25 pagi waktu tempatan di wilayah barat laut Tak yang bersempadan dengan Myanmar, sumber bagi sebahagian besar tenaga buruh asing yang besar di Thailand.
Status yang rendah dan upah yang tidak berpatutan, pekerja pendatang sering menjadi mangsa kecuaian keselamatan dan eksploitasi di Thailand.
Negara beraja ini memiliki rekod keselamatan jalan raya yang teruk bagi kemalangan dengan kira-kira 24,000 ter-korban di jalan rayanya setiap tahun, kata Pertubuhan Ke-sihatan Sedunia (WHO).
Pada minggu lepas 18 orang maut apabila bas tergelincir dari jalan raya dan merempuh pokok di timur laut negara.
Pemandu bas tersebut kemudian mengaku di bawah pengaruh dadah pada masa kemalangan itu. — AFP

Advertisement