Anda di sini

Pusat Khidmat Batu Kitang tawar pelbagai kursus perkasa wanita

Advertisement
 Mick (baris kedua, tengah) bergambar kenangan bersama para peserta selepas tamat bengkel.
SELESAI: Mick (baris kedua, tengah) bergambar kenangan bersama para peserta selepas tamat bengkel.

PUSAT Khidmat Batu Kitang menawarkan pelbagai kursus bagi memperkasakan golongan wanita di konstituensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang di Kuching.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang berkata, pihaknya telah merancang lebih banyak program dan aktiviti yang positif untuk masyarakat di kawasan ini.

“Pusat khidmat ini disediakan bagi memberi peluang kepada semua golongan masyarakat mendapat manfaat daripada susun atur aktiviti, program dan bengkel yang lebih banyak kita adakan selepas ini,” katanya ketika ditemui di ‘Personal Makeup Workshop’yang diadakan di Pusat Khidmat Batu Kitang, baru-baru ini.

Lo turut menyatakan harapan beliau untuk melihat lebih ramai masyarakat tampil menyertai setiap program yang dilaksanakan pihaknya selepas ini.

Program Batu Kitang Free Zumba akan diadakan pada 4 April ini bermula jam 7.30 sehingga 9  pagi dan pada 8 April bermula jam 10 pagi sehingga 1 petang akan diadakan Soap Making Basic Workshop.

Baru-baru ini telah diadakan Personal Makeup Workshop yang merupakan bengkel kedua dan memanfaatkan sekitar 50 wanita di Kampung Semeba, Bau.

Tegas beliau, aktiviti seperti ini berupaya mempromosikan perpaduan dan harmoni dalam kalangan wanita konstituensi Batu Kitang, membina peluang melalui jalinan sosial dan memperkasakan wanita dengan pengetahuan asas dandanan diri.

Ia juga bagi memberi pendedahan dan membina keyakinan diri yang positif golongan wanita di sini.

“Berdandan bukan sahaja dilihat daripada luaran tetapi ia turut menampakkan kecantikan daripada pembawaan diri seseorang wanita berkenaan,” tegasnya lagi.

 Para peserta diajar cara-cara berdandan dengan betul.
TEKNIK BETUL: Para peserta diajar cara-cara berdandan dengan betul.

Pihak Pusat Khidmat Batu Kitang mengenakan caj bayaran hanya RM10 kepada para peserta dan semua peralatan serta jamuan ringan turut disediakan.

Bengkel yang diketuai pengajar kanan dandanan yang juga Pembantu Peribadi ADUN Batu Kitang, Mick Nah Wai Murn itu telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.

Seramai 50 wanita daripada ranting PBB Batu Kitang telah menghadiri bengkel tersebut dan diberikan sijil penyertaan masing-masing.

  • oleh
  • Advertisement