Anda di sini

Mesyuarat tertinggi kedua-dua Korea menjelang sidang kemuncak

Advertisement
 Cho (kiri) berjabat tangan dengan Ri ketika pertemuan di perkampungan                    gencatan senjata Panmunjom dalam Zon Bebas Tentera semalam. — Gambar AFP
RUJUKAN TERBUKA: Cho (kiri) berjabat tangan dengan Ri ketika pertemuan di perkampungan gencatan senjata Panmunjom dalam Zon Bebas Tentera semalam. — Gambar AFP

SEOUL: Pegawai kanan dari kedua-dua negara Korea bermesyuarat semalam untuk membuat persiapan bagi satu sidang kemuncak antara Korea yang jarang sekali berlaku, beberapa hari selepas pemimpin negara senjata nuklear Korea Utara Kim Jong Un membuat penampilan sulung pada peringkat antarabangsa dengan lawatan mengejut ke China.

Kim dijadual berjumpa dengan Presiden Korea Selatan Moon Jae In pada hujung April di perkampungan gencatan senjata Panmunjom dalam Zon Bebas Tentera, diikuti rundingan bersejarah dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mungkin akan berlaku seawal Mei.

Di Astaka Penyatuan di bahagian utara Panmunjom, ketua delegasi Pyongyang, Ri Son Gwon berkata run-dingan semalam bertujuan untuk membuka laluan bagi pertemuan antara pemimpin Utara dan Selatan – rujukan terbuka pertama kepada sidang kemuncak oleh mana-mana outlet media atau pegawai Korea Utara.

“Sejak kira-kira 80 hari lalu, banyak peristiwa yang luar biasa dalam hubungan antara Korea telah berlaku,” kata Ri, Pengerusi Jawatan-kuasa Penyatuan Semula Negara Korea Utara.

Ketua delegasi tiga anggota Seoul, Menteri Penyatuan Cho Myoung Gyon, memberitahu wartawan sebelum itu bahawa menetapkan tarikh bagi sidang kemuncak itu, ketiga seumpamanya selepas pertemuan pada 2000 dan 2007, adalah satu perkara agenda penting.

“Kami akan mengadakan perbincangan yang baik de-ngan Korea Utara untuk me-nganjurkan sidang kemuncak antara Korea dengan jayanya pada April,” kata Cho.

Hubungan yang pulih de-ngan begitu cepat di semenanjung Korea dimulakan oleh Sukan Olimpik Musim Salji di Korea Selatan dan berlaku selepas ketegangan meruncing selama setahun berhubung program nuklear dan misil Korea Utara, yang menyaksikan Kim dan Trump bertikam lidah.

Sejak itu perkembangan sudah berlaku dengan cepat, dengan beberapa lawatan rasmi di antara kedua-dua negara Korea dan sepasukan penghibur Korea Selatan pergi ke utara semalam sebelum konsert K-pop diadakan di Pyongyang.

Juga semalam, diplomat tertinggi China, Ahli Majlis Kerajaan Yang Jiechi, berada di Seoul untuk memberi taklimat kepada Moon mengenai lawatan sulit Kim ke Beijing pada minggu ini untuk bertemu dengan Presiden China Xi Jinping buat pertama kali.

Ia merupakan lawatan pertama pemimpin Korea Utara ke luar negara sejak beliau mewarisi kuasa ekoran kematian bapanya, Kim Jong Il, pada 2011.

China sudah lama menjadi pembela diplomatik penting Korea Utara selain menyedia-kan dagangan dan bantuan, tetapi hubungan ditegangkan oleh program senjata Pyongyang, dan Beijing me-nunjukkan kesediaan baharu untuk melaksanakan sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadapnya.

Walaupun demikian ke-dua-dua pemimpin memuji hubungan bersejarah kedua-dua negara mereka, dan Xi menerima jemputan Kim untuk melawat Pyongyang, menurut Agensi Berita Pusat Korea yang rasmi di Korea Utara.

“Tiada persoalan bahawa lawatan asing pertama saya adalah ke ibu negara China,” ia memetik Kim sebagai berkata, sambil menyifatkannya sebagai satu “kewajipan yang mulia”.

Kim berjanji beliau “ko-mited kepada pemansuhan nuklear” di semenanjung Korea, menurut agensi be-rita Xinhua di China – tetapi menambah ini bergantung kepada Korea Selatan dan AS mengambil apa yang beliau panggil “langkah progresif dan selaras untuk mereali-sasikan keamanan”.

Penganalisis berkata ke-dua-dua pihak ada sebab untuk mengadakan pertemuan itu – Pyongyang untuk mendapatkan sokongan dan bantuan Beijing, dan China untuk melindungi kepentingannya di negara yang ia anggap sebagai halaman di belakang rumah.

Seorang profesor di Universiti Kebangsaan Pusan, Korea Selatan, Robert Kelly, berkata: “Xi tidak akan membenarkan pertemuan ini jika China tidak betul-betul bimbang mengenai sidang kemuncak yang akan datang dan mahu memainkan pe-ranan tertentu.”

Akhbar JoongAng Daily di Korea Selatan berkata dalam satu laporan pengarang semalam bahawa pertemuan itu “menjadikan situasi lebih rumit kerana Xi tiba-tiba masuk campur dalam rundingan”.

“China tidak akan me-lihat begitu sahaja,” ujarnya. — AFP

Advertisement