Anda di sini

Kehidupan di universiti masa kegemilangan pelajar

Advertisement
 Lau mengangkat sumpah sebagai presiden baharu JCI Belia UCTS 2018 sambil disaksikan oleh Chieng (tiga kiri) serta yang lain.
ANGKAT SUMPAH: Lau mengangkat sumpah sebagai presiden baharu JCI Belia UCTS 2018 sambil disaksikan oleh Chieng (tiga kiri) serta yang lain.

KETIKA di universiti peluang baik pelajar terlibat dalam organisasi membantu mereka bersiap sedia menghadapi dunia mencabar apabila mereka tamat pengajian.

Presiden Kebangsaan Junior Chamber International (JCI) Malaysia 2011 dan JCI, Senator Kaunselor Joseph Chieng berkata kehidupan di universiti masa kegemilangan pelajar.

“Apabila anda belajar di universiti, ini adalah masa paling indah kerana inilah masa anda mendapat pengetahuan.

“Anda diberi kebebasan melakukan apa yang mahu seperti menyertai mana-mana organisasi di universiti,” katanya pada  majlis angkat sumpah JCI Belia Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) di Sibu.

Oleh itu, beliau menggesa pelajar sering terlibat dengan masyarakat melalui organisasi mereka.

“Ini penting kerana apabila menamatkan pengajian, anda akan bersedia menghadapi cabaran hidup dan membantu masyarakat,” ujarnya.

Chieng percaya pelajar perlu bersedia kerana banyak peluang pekerjaan di masa depan terutama dengan ekonomi digital dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS).

Katanya, Sarawak perlu memajukan teknologi dan ekonomi digital untuk menjadi negara maju menjelang 2030.

“Ia relevan kerana digital ekonomi dapat mewujudkan peluang pekarjaan. Anda perlu merebut peluang mengikuti latihan bersesuaian memenuhi pekerjaan itu,” katanya.

Sementara itu, Lau Ngie Chyi dilantik memegang jawatan presiden JCY Belia UCTS 2018.

Pada majlis itu, Chieng menaja RM2,000 untuk JCI Belia UCTS menganjurkan majlis angkat sumpah pelantikan jawatankuasa dan aktiviti tahunan mereka.

Hadir sama Setiausaha Agung Kebangsaan JCI Ellen Lu, Pengarah Wilayah Sarawak dan Pengarah Belia Aaron Wong, Presiden JCI Seduan, Chieng Siew Yee dan Presiden JCI Belia UCTS 2017, Benjamin Yeo.

Advertisement