Anda di sini

Jangan salah guna bantuan peralatan kerajaan: Samsudin

Advertisement
 Samsudin menyampaikan bantuan Poly Pipe sepanjang 2,000 kaki kepada Awang Ahmad mewakili penduduk Kg Bambangan.
DEKATI RAKYAT: Samsudin menyampaikan bantuan Poly Pipe sepanjang 2,000 kaki kepada Awang Ahmad mewakili penduduk Kg Bambangan.

SANDAKAN: Bantuan peralatan harus dimanfaat untuk keperluan mencari nafkah dan tidak harus disalahgunakan bagi tujuan mendapatkan wang secara mudah, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong Datuk Samsudin Yahya.
Beliau berkata, sikap segelintir penduduk yang mencari keuntungan segera dengan menjual bantuan peralatan disumbangkan kerajaan hanya merugikan diri sendiri.
Pada masa sama katanya, ia turut menggagalkan usaha kerajaan yang ingin melihat rakyat negeri ini bebas daripada belenggu kemiskinan.
“Usaha murni kerajaan untuk melihat rakyat di negeri ini menikmati pembangunan setara seharusnya diberikan sokongan padu dan bukannya mengambil kesempatan mencari keuntungan segera yang amat merugikan.
“Kerajaan ingin melihat semua rakyat maju membangun dengan meningkatkan taraf ekonomi keluarga tanpa ada yang terlepas pandang,” katanya.
Jelas beliau, adalah tidak adil sekiranya bantuan yang diberikan disalah guna seperti menjualnya. Ia menunjukkan rakyat tidak menghargai bantuan yang diberikan oleh kerajaan.
Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Poly Pipe kepada penduduk Kampung Bambangan.
Samsudin yang juga ketua bahagian UMNO Batu Sapi berkata, usaha murni kerajaan BN yang ingin melihat segenap lapisan rakyat negeri ini menikmati pembangunan setara seharusnya diberikan sokongan padu dan bukannya mengambil kesempatan mencari keuntungan segera yang amat merugikan.
“Janganlah ada pihak yang mensia-siakan usaha kerajaan BN yang ingin melihat semua rakyat maju dan membangun dengan meningkatkan taraf ekonomi keluarga tanpa ada yang terlepas pandang berdasarkan laporan ketua kampung serta pengerusi JKKK setiap kampung,” katanya.

Advertisement